MANTAPKAN BAHASA KITA

KATA PEMERI

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...

Ialah dan Adalah

Ialah
  1. Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama
  2. Kata pemeri 'ialah' digunakan apabila ayat itu menunjukkan definisi.
  3. Kata pemeri 'ialah' menghubungkan subjek dan predikat yang mempunyai makna yang sama, oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat.
  4. Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan di hadapan kata hubung komplemen 'bahawa'.
  5. Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan di hadapan kata hubung pancangan relatif 'yang' berfungsi sebagai frasa nama.
  6. Kata pemeri 'ialah' juga boleh digunakan di hadapan frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.

Adalah

  1. Kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
  2. Kata pemeri 'adalah' menghubungkan subjek ayat dan predikat ayat dengan memberi huraian lanjut berkenaan subjek yang disebut sebelum itu.
  3. Kata pemeri 'adalah' menunjukkan penerangan.
  4. Kata pemeri 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.

Merupakan
  1. Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama
  2. Penggunaan dan fungsinya sama dengan kata pemeri 'ialah'.

Nota:

  • Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' tidak boleh digunakan bersama kata nafi, kecuali dalam bentuk 'adalah+ kata nafi 'tidak'+ frasa adjektif.'
  • Penggunaan kata pemeri amat terhad dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat. Malah dalamsesetengah ayat ia dapat digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat itu.

Kata Pemeri

Apakah maksud kata pemeri?

Mari kita lihat video tentang kata pemeri.

Ialah

Kata pemeri jenis ini digunakan sebelum frasa nama dan frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama.

Baca Selengkapnya
Adalah

Kata pemeri jenis ini digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi nama.

Baca Selengkapnya
Merupakan

Kata pemeri jenis ini boleh digunakan untuk menggantikan kata pemeri 'ialah'.

Baca Selengkapnya
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TAHAP 2

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN TAHAP 2

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.

Pelajari Selengkapnya
Latihan Kata Pemeri

Latihan Kata Pemeri

Murid jawab soalan yang berikut. Soalan terdiri daripada soalan objektif dan subjektif. Murid perlu menjawab semua soalan yang diberikan.

Pelajari Selengkapnya

Faris Rahimi

Guru

Sumber Rujukan

Pautan Internet

~ http://3.bp.blogspot.com/-Dkzfu6_3TXI/Tsc_Hqgm6YI/AAAAAAAAAFk/4fmWz7j38BY/s400/Kata+Nama.PNG ~ https://image.slidesharecdn.com/4komplemen-090824093606-phpapp01/95/kata-hubung-pancangan-komplemen-2-728.jpg?cb=1251106575 ~ https://image.slidesharecdn.com/3relatif-090824092705-phpapp01/95/kata-hubung-pancangan-relatif-2-728.jpg?cb=1251106040 ~ https://www.youtube.com/watch?v=CxTVo05bmTE ~ https://www.youtube.com/watch?v=SWEYKLxRn5A ~ http://bahasamelayu2014.weebly.com/uploads/4/2/9/8/42981051/2774415.png?545 ~ https://image.slidesharecdn.com/tatabahasanota-160216150954/95/nota-tatabahasa-upsr-9-638.jpg?cb=1455635462 ~ https://66.media.tumblr.com/72d368bf06a1ece3ab51e57256ac0608/tumblr_mozlsziz3q1rz2nelo1_500.gif ~ https://thumbs.gfycat.com/RecentShortBushbaby-small.gif ~ https://gifspro.com/wp-content/uploads/2018/06/Coconut-Palm-01-1.gif ~ https://giffiles.alphacoders.com/141/14178.gif ~ https://giphy.com/gifs/night-day-malaysia-hkzluBDA8wGcM/fullscreen ~ https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/6c/Menara_By_Night_2012.JPG

I BUILT MY SITE FOR FREE USING